Program Advocacy dan Klik Dengan Bijak

9 November 2018 | Ak4tiviti Terkini

Pada 8 November 2018 hari Khamis, berlangsung Program Advocacy dan Klik Dengan Bijak bersama pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 SMK Lundu. Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar dengan cara dan penggunaan internet yang betul dalam kehidupan seharian.

Program ini telah diadakan di Dewan Sri Pakma SMK Lundu selama 2 jam bermula 8.00 pagi dan dihadiri oleh 575 peserta. Program ini adalah kerjasama antara Pusat Internet Kg. Pandan, Pusat Internet Stungkor Baru, Pusat Internet Tanah Hitam dan Pusat Internet Lundu. Di akhir aktiviti, peserta juga di beri kuiz Klik Dengan Bijak. Program tamat pada jam 10.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali